welcome

Monday 21 November 2011

Logo SKT

                          
                    Sekolah Kebangsaan Teriang merupakan salah sebuah sekolah yang didirikan pada awal tahun 1904 di daerah ini iaitu sebelum Perang Dunia Pertama. Sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Teriang kerana berdekatan dengan sebatang sungai yang diberi nama Sungai Teriang.
           Asalnya bangunan sekolah ini adalah beratapkan ijuk, bertiangkan batang kayu hutan dan berlantaikan tanah. Pada asalnya hanya terdapat  enam buah kelas sahaja. Pada tahun 1994, pembinaan bangunan baru telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Besar Negeri    Sembilan Dato’ Seri Utama Tan Seri Mohamad Isa B. Hj Abd Samad.
             Sebagai sebuah sekolah yang telah didirikan sebelum zaman Perang Dunia Pertama, sudah semestinya ia telah melalui banyak proses modenisasi dan revolusi. Sekolah ini telah didirikan atas kesedaran orang-orang kampung yang memandang tinggi terhadap pendidikan dan mahu generasi baru maju dan berjaya dalam era   globalisasi. Walaupun mengalami pelbagai kesukaran dan kesulitan, demi nama pendidikan akhirnya mereka berjaya. Daripada bangunan beratapkan rumbia dan dinding daripada kayu kayan hutan akhirnya bertukar wajah kepada bangunan beratap genting, berdinding konkit tersergam indah dan gagah.
                 Pada tahun 1990, Sekolah Kebangsaan Teriang telah mendapat sebuah bangunan baru dua tingkat dengan lapan buah kelas, dua tandas dan satu bilik stor. Bangunan ini dapat menampung bilangan murid yang   semakin meningkat. Ekoran dari itu, Sekolah Kebangsaan Teriang telah mengalami pelbagai peningkatan dari semasa ke semasa dalam aspek akademik, kurikulum dan kokurikulum.
                   Sesungguhnya sekolah ini telah berjaya menghasilkan ramai anak didik yang telah berjaya dalam bidang pendidikan,perundangan, pentadbiran, penyelidikan, perniagaan, perkilangan dan lain-lain. Sehingga sekarang sekolah ini masih lagi aktif dalam  mengembangkan setiap potensi individu secara menyeluruh dan  bersepadu bagi melahirkan anak didik yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan menerapkan disiplin yang tinggi melalui amalan nilai-nilai murni dan berpegang teguh kepada ajaran agama.

No comments:

Post a Comment