Terbahagi kepada 3 jenis yang utama iaitu :
i. ku
ii. kau
iii. mu
i. Ku
- Singkatan dari Kata Ganti Nama Diri Pertama iaitu aku --->ku
- Digunakan di awal dan juga di akhir kata
- Contohnya:
- Bunga itu kusiram setiap hari.
- Lelaki itu bukan ayahku
ii. kau
- Singkatan dari Kata Ganti Nama Diri Kedua iaitu engkau --->kau
- Digunakan di awal kata sahaja
- Contohnya
- Kauberikan buku ini kepada Ahmad
iii. mu
- Singkatan dari Kata Ganti Nama Diri Kedua iaitu kamu --->mu
- Digunakan di akhir kata sahaja
- Contohnya
- Rupamu seiras penyanyi popular itu.
*Harus diingat, apabila menggunakan Kata Ganti Nama Diri Singkat, ianya ditulis bersama dengan kata tersebut bukannya berasingan.
*Selain dari ketiga-tiga Kata Ganti Nama Diri di atas, Kata Ganti Nama Diri yang lain TIADA singkatan.
No comments:
Post a Comment