Salam sejahtera. Hari ini saya akan memaparkan beberapa tempat yang menarik di daerah Jelebu untuk perkelahan. Sekiranya anda melalui Jalan Bukit Tangga, anda akan disajikan dengan pemandangan air terjun semulajadi yang popular di daerah ini iaitu Jeram Toi. Perjalanan ke Jeram Toi melalui Bukit Tangga hanya mengambil masa lebih kurang 45minit perjalanan dari bandar Seremban. Dengan kedinginan airnya, anda akan berasa amat seronok untuk kembali ke tempat perkelahan ini.
Bagi pengunjung yang berminat untuk mendapatkan udara segar dari hutan, anda boleh mengunjungi satu lagi air terjun di daerah ini iaitu Jeram Gading. Walaupun kawasan perkelahan ini terletak agak jauh ( di Hutan Kenaboi ), namun setiap hujung minggu pasti ramai pengunjung yang akan hadir. Perjalanan ke kawasan ini hanya lebih kurang 15 minit dari bandar Kuala Klawang.
Terdapat satu lagi kawasan perkelahan di daerah ini iaitu Lata Kijang. Tempat yang kaya dengan flora dan fauna ini amat sesuai bagi pengunjung yang menginginkan pengalaman indah bersama flora dan fauna di Jelebu. terletak di dalam kawasan hutan yang masih lagi dipelihara keindahannya, Lata Kijang menjanjikan seribu kepuasan kepada pengunjungnya.
Selain itu, bagi pengunjung yang ingin merasai kehidupan tradisi orang Jelebu, bolehlah memilih samaada ingin bermalam di Hotel Sri Klawang ataupun menetap di Homestay Klawang.
No comments:
Post a Comment